Kemaskini
|
|
Online
Kami ada 14 tetamu online
|
|
Majlis Penutup Minggu Membaca |
|
|
|
|
Ditulis oleh Team IT MMP
|
|
Sabtu, 27 Jun 2009 |
|
Pada 25 Jun 2009,Maahad Muhammadi (P) telah mengadakan thobur bagi majlis penutupan minggu membaca Maahad Muhammadi (P)bagi sesi 2009.Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan disusuli dengan nyanyian asmaul husna dan nasyid sekolah daripada para pelajar.
Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Ustazah Shamsiah Hayat selaku guru pusat sumber sekolah.Majlis pada pagi itu diteruskan dengan mendengar ucapan daripada setiausaha Unit Pusat Sumber Sekolah,Pn. Ruzaini bt.Ramli.Cikgu Ruzaini mengucapkan tahniah kepada ahli jawatan kuasa (AJK) program minggu membaca yang bekerja keras dan bertungkus lumus untuk memastikan program selama seminggu ini berjalan dengan lancar.Cikgu Ruzaini juga berterima kasih kepada pihak pentadbir sekolah sekolah kerana telah memberi sokongan yang padu pada program ini.Pada akhir ucapannya,Cikgu Ruzaini berharap program minggu membaca ini dapat diteruskan pada setiap tahun.
Mudirah Maahad Muhammadi (P),Pn.Hajjah Che Zainah bt.Ab.Lah juga telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan AJK Unit Pusat Sumber Sekolah yang telah menjayakan program minggu membaca .Beliau juga menasihati pelajar agar maktabah sekolah sebagai tempat yang sesuai untuk membaca dan beliau berharap budaya membaca dapat diterapkan dalam diri pelajar.Dalam ucapan beliau juga,beliau telah meluluskan beberapa buah komputer untuk diletakkan dalam ICT ZONE di maktabah.
Majlis penutupan minggu membaca diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang telah memenangi dalam pertandingan yang telah dianjurkan pada minggu membaca tersebut.Hadiah telah disampaikan oleh Mudirah dan Penolong Kanan 1 diiringi oleh Cikgu Tasnim dan Cikgu Ruzaini dalam dua sesi.
Thobur diakhiri dengan bacaan doa daripada pelajar. |
|
|