Pertandingan Laman Web Peringkat Negeri Kelantan 2009
Ditulis oleh Team IT MMP
Selasa, 21 Julai 2009
Maahad Muhammadi Perempuan merupakan salah satu daripada tujuh penyertaan yang bertanding dalam Pertandingan Laman Web Peringkat Negeri Kelantan 2009 kali ke-10 bagi kategori sekolah menengah pada hari Rabu, 15 Julai 2009.
Klik untuk lihat lebih banyak gambar.
Enam penyertaan yang lain adalah dari sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, SMKA Falahiah, Maahad Muhammadi Tumpat, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Maahad Amir Indera Petra dan SMK kubang Kerian 1.
Pada pukul 9.30 pagi,acara dimulakan dengan bacaan doa. Selepas itu,juri diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing dan memberikan taklimat pertandingan sebelum pertandingan dimulakan. Peserta diberikan masa selama 8 minit untuk memebentangkan laman web masing-masing dan 2 minit diperuntukkan bagi sesi soal jawab bersama juri.
Pertandingan dimulakan tepat pukul 9.45 pagi oleh pasukan daripada MMP dan diakhiri oleh pasukan daripada Maahad Amir Indera Petra sekitar pukul 12.30 tengah hari. Majlis bersurai selepas makan tengah hari..
Keputusan Pertandingan Laman Web ini akan diumumkan pada Hari Teknologi dan Inovasi di Balai Islam, Lundang pada 6 Ogos 2009.