Demi Masa

Kemaskini

Kemaskini terakhir : 05.03.2009






Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Online

Kami ada 8 tetamu online
Majlis Pelancaran Kelab Bahasa Mandarin PDF Cetak E-Mel
Ditulis oleh Team IT MMP   
Selasa, 21 Julai 2009
Maahad Muhammadi Perempuan telah menjadi tuan rumah pada Majlis Pelancaran Kelab Bahasa Mandarin bertempat di Dewan Asma' Abu Bakar pada hari Khamis, 16 Julai 2009. Majlis ini telah melibatkan tujuh buah sekolah dan telah dirasmikan oleh Dato' Hj. Nik Mohd Amar b. Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Azhar Salleh selaku Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Yayasan Islam Kelantan. Pelajar MMP, Nur Hanani Abdullah juga telah memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran pada majlis tersebut. Majlis pelancaran ini diadakan bertujuan untuk melancarkan Kelab Bahasa Mandarin yang terdapat di tujuh buah sekolah yang ahlinya telah menjangkau ke angka 120 pelajar. Sekolah yang terlibat adalah Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Lelaki,Maahad Pengajian Islam,Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah,Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, SMU(A) Maahad Muhammadi Pasir Mas dan SMU(A) Tarbiah Mardhiah Panchor.

Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan daripada Timbalan Pengarah YIK. Dalam ucapan beliau, beliau menerangkan tentang tujuan penubuhan
Kelab Mandarin ini di sekolah agar bahasa Mandarin ini dapat dijadikan sebagai bahasa pengantaraan antara orang Islam dengan orang bukan Islam (cina). Sebagai perasmi pada majlis ini, Dato' Hj. Nik Amar b. NIk Abdullah juga telah memberikan sepatah dua kata tentang kebaikan Kelab Mandarin. Beliau mengatakan bahawa, bahasa Mandarin boleh digunakan untuk berdakwah disebabkan bahasa Mandarin merupakan bahasa ke-2 Malaysia.

Pada hari tersebut juga, telah diserikan dengan persembahan menarik daripada pelajar-pelajar.  Antaranya adalah perbualan dalam bahasa Mandarin oleh pelajar daripada MML, perbualan dan koir hari jadi (MPI), demonstrasi berucap dan menulis dalam bahasa Mandarin (MMP) dan persembahan drama (SMU(A)TMP). Tetamu juga telah dipertontonkan tayangan tentang suasana pembelajaran dan pengajaran bahasa Mandarin.

Sebelum majlis bersurai, sesi penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dato' Hj. Nik Amar b. Nik Abdullah kepada pengetua-pengetua sekolah yang telah terlibat pada majlis ini. Guru-guru, pelajar-pelajar serta dif-dif jemputan seterusnya dijamu sedikit jamuan di kantin sekolah sekitar jam 12.45 tengah hari.