Demi Masa

Kemaskini

Kemaskini terakhir : 05.03.2009






Ucapan

Ucapan Terkini: 1 hari, 9 jam lalu
  • anishumaira : tahniah adik2ku sayang ;)
  • fatimah sob : salam..
  • Humairah : Tahniah utk adik2 SPM 2009. Nmpk ramai visitors, team IT tlg update berita.. huhu. Yg nk tnya pasal medic mid east sila manfaatkan ruang forum yer.. ;)
  • NurulJ : To MMP students SPM 2009, Congratulations on ur SPM results..kekal kan kualiti MMP.. :) > from MMP senior - batch 1993-1998
  • NurulJ : Salam,
  • Abe : SPM 2009 macamana, MML tewas lagi ke dengan MMP? huhu :roll:
  • mawaddah_97 : maaf
  • mawaddah_97 : sorry
  • mawaddah_97 : salah...
  • mawaddah_97 : pahtuhdiopuntgkwahgnikokolohmaahadyoberaturbkpoxberaturdaledewetakkexdokdewemstilahado..bkpo?

Hanya pengunjung berdaftar boleh menyampaikan ucapan!

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Online

Kami ada 12 tetamu online
Majlis Perasmian Usrah & Ceramah Sempena Hijratul Rasul PDF Cetak E-Mel
Ditulis oleh Team IT MMP   
Selasa, 12 Januari 2010
Majlis Perasmian Program Usrah dan Ceramah Sempena Hijratul Rasul telah diadakan buat julung-julung kalinya bagi Maahad Muhammadi Perempuan tahun 2010. Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah serta Asmaul Husna pada jam 8.15 pagi. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi dan di dalam ucapannya, beliau sangat berharap agar pelajar MMP terus menunjukkan kecemerlangan dari segi sahsiah dan akademik.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengetua MMP iaitu Ustaz Mohd Mansor b. Haji Daud. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Badan Dakwah dan Tarbiah MMP (BADATI) kerana telah bekerjasama untuk melancarkan program yang telah dirangka. Beliau juga berharap agar lepasan-lepasan MMP yang berjaya ke menara gading dapat membawa imej MMP dari segi akademik dan akademik dan berkepimpinan mukminah seterusnya beliau merasmikan program usrah bagi tahun 2010.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Khairul Ikhwan yang merupakan penceramah jemputan bagi menyampaikan ceramah sempena hijratul rasul. Di dalam ceramahnya, beliau menghuraikan istilah ‘hijrah’ yang bermaksud perubahan daripada sesuatu yang tidak baik kepada sesuatu yang lebih baik kerana Allah. Beliau juga menegaskan bahawa Islam menjaga 5 perkara iaitu akidah, nyawa, keturunan, harta benda dan akal serta mengharapkan pelajar-pelajar MMP agar sentiasa mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah. Di akhir kalamnya, Ustaz Khairul Ikhwan berharap agar para pelajar sentiasa menjaga sahsiah diri walau di mana jua kita berada.

Majlis ditamatkan dengan bacaan doa pada jam 9.45 pagi. Sesungguhnya banyak mutiara ilmu yang dapat dikutip oleh para pelajar dengan adanya ceramah ini. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada hambanya yang berilmu.
 

Log Masuk