Demi Masa

Kemaskini

Kemaskini terakhir : 05.03.2009






Ucapan

Ucapan Terkini: 8 jam, 12 minit lalu
  • NurulJ : To MMP students SPM 2009, Congratulations on ur SPM results..kekal kan kualiti MMP.. :) > from MMP senior - batch 1993-1998
  • NurulJ : Salam,
  • Abe : SPM 2009 macamana, MML tewas lagi ke dengan MMP? huhu :roll:
  • mawaddah_97 : maaf
  • mawaddah_97 : sorry
  • mawaddah_97 : salah...
  • mawaddah_97 : pahtuhdiopuntgkwahgnikokolohmaahadyoberaturbkpoxberaturdaledewetakkexdokdewemstilahado..bkpo?
  • mawaddah_97 : :D 8)
  • mawaddah_97 : :)
  • Nuha1E5 : mase ary rabu n kamis lps je x dtg

Hanya pengunjung berdaftar boleh menyampaikan ucapan!

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

Online

Kami ada 12 tetamu online
Majlis Perpisahan Guru Bagi Tahun 2009 PDF Cetak E-Mel
Ditulis oleh Team IT MMP   
Selasa, 02 Februari 2010
Pada hari Khamis, 28 Januari 2009 yang lepas, telah diadakan Majlis Perpisahan Guru SMU(A) MMP bagi tahun 2009. "Jasamu Tetap diKenang" adalah kata-kata yang paling sesuai boleh digambarkan bagi majlis tersebut. Tiga orang guru yang dirai dalam majlis ini ialah Puan Hajjah Zainah bt Ab.Lah (mantan mudirah MMP), Ustaz Mohd Latfi b. Awang Man (mantan PK HEM MMP) dan Ustaz Yahya b. Mat Yaman.


Klik pada gambar untuk melihat saiz asal!

Klik untuk lihat lebih banyak gambar.


Majlis telah dipengerusikan oleh Ustaz Mokhtar selaku guru bertugas. Ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya turut diperdengarkan oleh pelajar MMP pada majlis yang mulia itu. Majlis perpisahan guru ini diadakan bertujuan untuk menghargai pengorbanan dan cabaran yang telah dilalui oleh guru-guru tersebut selama berkhidmat di MMP.

Mudir SMU(A) MMP iaitu Ustaz Haji Mansor b. Haji Daud juga telah memberikan ucapan sepatah dua kata pada majlis tersebut. Tiba saat yang dinantikan oleh semua pelajar MMP untuk mendengar ucapan yang akan diberikan oleh mantan mudirah MMP iaitu Ustazah Hajjah Zainah bt. Ab. Lah. Dalam ucapan beliau, beliau mengatakan bahawa beliau sangat merindui akan MMP kerana banyak memori yang terdapat di MMP walaupun hanya berkhidmat disini selama setahun. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar MMP yang telah berjaya dalam peperiksaan PMRU, PMR dan SMU. Dengan kejayaan itu, beliau berharap semua pelajar MMP dapat mengekalkan prestasi cemerlang sekolah.

Akhir kata dari beliau, kiriman salam daripada mantan PK HEM dan Ustaz Yahya kepada semua guru dan pelajar MMP kerana mereka tidak dapat menghadirkan ke majlis tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Sebelum majlis bersurai, majlis penyampaian cenderahati kenang-kenangan dari pihak sekolah kepada guru yang dirai telah disampaikan.

Thobur pada pagi itu usai setelah mantan mudirah MMP diiringi oleh mudir dan pentadbir yang lain ke bilik mudir untuk menikmati sedikit jamuan.
 

Log Masuk

Forum Terkini