Matlamat MMP PDF Cetak E-Mel
Matlamat penubuhan sekolah ini, pada asasnya berpaksi kepada falsafah pendidikan MMP yang telah digarapkan sebelum ini. Antara harapan dan matlamat yang dicita-citakan adalah secara ringkasnya meliputi:


Pencapaian Akademik Pelajar

Memastikan pencapaian kemahiran pelajar mengikut potensi mereka dari masa ke semasa dalam apa jua tindakan yang dilaksanakan.


Nilai dan Kesusilaaan

Mendidik pelajar supaya memahami ,menghargai dan mematuhi ajaran Islam serta peraturan sekolah agar menjadi manusia yang patuh pada Allah S.W.T.dan untuk kepentingan mereka di masa hadapan.


Berdikari dan Kepercayaan kepada diri sendiri

Membantu pelajar supaya mampu berdikari dan yakin kepada kebolehan dan kepercayaan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.


Perkembangan Sosial dan Perpaduan

Memperkembangkan potensi diri ,personaliti dan interaksi pergaulan sesama pelajar serta cergas dalam sebarang aktiviti sekolah.


Belajar Seumur Hidup Kunci Ilmu Pengetahuan

Murid-murid seharusnya bukan sahaja membaca untuk lulus satu-satu peperiksaan tetapi untuk mencapai darjat kemuliaan pengetahuan sesuai dengan tuntutan Al-Quran bagi melahirkan manusia beriman dan berilmu sebagai persediaan untuk masa hadapan.