Lencana MMP PDF Cetak E-Mel

Sekolah MMP mempunyai satu lambang khas sebagai pengenalan dan imej bagi warga MMP seiring bermulanya sesi persekolahan pada tahun 1937. Setiap rekaan dan warna yang dihasilkan kebiasaannya terkandung maksud dan makna tersirat,begitu juga dengan lambang sekolah kami.

KUNING - KEUTUHAN
Menandakan betapa utuhnya semangat warganya dalam menimba ilmu pengetahuan.

MERAH - KEBERANIAN
Menjadi tampuk keberanian para pelajar menyusuri liku-liku perjalanan dalam menggapai kejayaan.

HIJAU - KEHARMONIAN
Menyatakan kepada masyarakat bahawa warga MMP hidup dengan penuh harmoni dan bersatu demi melahirkan barisan pemimpin berkaliber dan berketrampilan.

PUTIH - KETULUSAN
Menunjukkan ketulusan dan keikhlasan warganya dalam membongkar dunia keilmuan di MMP.

HITAM - KECEKALAN
Menjadikan warga MMP agar cekal menghulur tangan, berganding bahu serta bergerak sederap untuk menyempurnakan tanggungjawab.


Selain daripada warna ini objek yang terdapat dalam lambang ini juga mengandugi maksud tersendiri. Makna setiap objek ini bertitik tolak dari tasawwur di atas meneliti, menganalisa serta mengasaskan matlamat dan objektif yang berkaitan dengan tuntutan setempat.

KITAB : AL- QURAN & AL- SUNAH


BULAN & BINTANG : AGAMA ISLAM
Bintang & Bulan terletak di bahagian atas lambang mengambarkan matlamat kami untuk meninggikan syiar Islam yang ditatang dengan manhaj yang benar.


MIZAN : KESEIMBANGAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT
Suatu konsepsi yang menitik-beratkan keseimbangan ilmu dunia untuk memakmurkan hidup warga MMP sebagai suatu gerbang dan jalan menuju kesejahteraan akhirat.


Bertepatan dengan visi warga MMP untuk mengamalkan`ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP' semaksimum mungkin dengan bercirikan kefahaman dan penghayatan terhadap kesyumulan Islam yang hakiki.Jadi,warga MMP tidak boleh memandang enteng visi ini.

Apabila kesemua komponen warna,objek juga misi telah bercantum menjadi satu, maka terbentuklah satu rekaan untuk menyatakan bahawa lambang MMP ini adalah tanda falsafah besar MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU.