Tinta Pengetua PDF Cetak E-Mel






Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah S.W.T yang maha agung,selawat dan dalam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang menunaikan amanah,menyampaikan risalah dan menasihati ummah.Dirafa'kan juga salam buat kaum keluarga serta para sahabat baginda yang mulia.

Setinggi tahniah diucapkan kepada team IT Maahad Muhammadi Perempuan yang bertungkus lumus menubuhkan laman web ini.Usaha yang sedikit daripada mereka tidak mungkin menjadikan laman web ini satu kenyataan.Laman web ini adalah wadah bagi sekolah merakamkan semua aktiviti dan kemajuan pelajar sama ada dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.Justeru,saya berharap setiap pelajar dan guru dapat bekerjasama dan memberi khidmat sebaiknya kepada MMP agar pencapaian sekolah bertambah cemerlang dari setahun ke setahun.

Anak-anak lepasan MMP sekarang sudah pun berada di menara gading.Kita berasa bangga kerana mereka bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga dari aspek-aspek yang lain."Dunia ini adalah lautan yang dalam dan banyak manusia yang tenggelam di dalamnya".Pengaruh hedonisme yang semakin menjadi-jadi di negara ini dibimbangi akan menular dalam kalangan pelajar jika ianya tidak dididik dengan sempurna dan sebaik mungkin berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.Diharapkan para ibu bapa dapat bekerjasama dan menggembeling tenaga serta lebih cakna kepada permasalahan anak-anak sama ada dari segi akademik atau sahsiah.

Saya berharap pelajar-pelajar MMP inilah yang akan membimbing masyarakat ke arah menghayati Islam secara hikmah,seperti menonjolkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar dalam percakapan dan pergaulan.

Melalui peluang keemasan ini,ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Team IT,MMP yang memberi peluang untuk saya menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan ini.Kepada semua guru penyelaras dan pelajar-pelajar yang terlibat,saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan tenaga yang begitu gigih dan dedikasi dalam menjayakan laman web ini.Semoga dengan kemunculan laman web ini menjadi tarikan masyarakat untuk memilih sekolah agama sebagai institusi pendidikan anak-anak mereka pada masa akan datang.

Sekian,Wassalam.
Pn Hjh Che Zainah binti Ab.Lah,
Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan